Sekitar Hari Keluarga





Gambar - gambar ini diambil semasa Hari Keluarga Keluarga Haji Salleh dan Che Ma

Masa : 6.00 petang - 12.oo malam

Tempat : Pantai Kamloon ( laman rumah mak lang )

~ Cukup meriah dan menggembirakan...buat semua yang telah menjayakan majlis diucapkan jutaan terima kasih, semoga dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita

Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Pasword email dan juga pasword blog

Saya sudah mesej pada kak na email dan juga pasword blog...segala urusan cari kak na yer

tokmatokleh@yahoo.com
7.10.2009

Perasmian blog ini

Alhamdulillah akhirnya pada hari ini saya dengan berbesar hati merasmikan blog ini dengan menaip entri yang pertama ini. Blog ini bukanlah blog peribadi tetapi ini adalah blog untuk ahli keluarga Haji Salleh dan juga Che Ma. Blog ini adalah cetusan idea sepupu saya iaitu Cikgu Nadiah yang merupakan anak Mak njang saya. Buat sementara saya, seorang blogger yang menggunakan nama ninim telah diberi mandat untuk membuat satu blog ringkas. Selepas ini semua ahli keluarga akan diberikan password dan juga email untuk mengakses dan mengemaskini blog ini.


Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Keluarga yang sentiasa mencari jalan untuk merapatkan hubungan silaturrahim walau di mana jua berada. Jauh mahupun dekat, tetap di hati.Semoga sepupu - sepupu saya mahupun sanak saudara yang lain dapat jua mengakses dan mengemaskini apa sahaja maklumat mengenai aktiviti keluarga.


Harapan saya agar kewujudan blog ini akan menjadikan kita lebih menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain. Doakan semoga Pak Lang cepat sembuh dan sedekahkan Al - Fatihah kepada arwah Haji Salleh dan juga Che Ma yang telah lama kembali ke rahmatullah. Semoga kita semua menjadi anak, cucu dan cicit yang solehah dan diberkati ALLAH selalu..


email : tokmatokleh@yahoo.com

1.10.2009
3.21 pagi